Jim Cramer, Hos lagenda Mad Money, Menggesa Penontonnya untuk Membeli Bitcoin!
Crypto News
CRYPTOPUBLIC
Muse Dean
1/30/20252 min read
Pada 27 Januari 2025, Jim Cramer, hos lagenda Mad Money, menggesa penontonnya untuk beli Bitcoin dan jual saham MicroStrategy. Jadi, adakah ini petanda Bitcoin akan jatuh? Serius, betul ke?
Kalau korang belum kenal siapa Jim Cramer, mungkin korang tak tahu kenapa ramalan pelaburannya selalu jadi bahan bualan — tapi jarang diambil serius. Pendek cerita, banyak ramalan Cramer yang berlaku secara terbalik 180 darjah. Reputasinya sebagai "pelabur kontra-indikator" memang luar biasa dan kaya dengan meme.
Pada 27 Januari, ketika menjawab panggilan penonton di TV, Cramer berkata:
"Kalau nak miliki Bitcoin, milikilah Bitcoin. Saya ada Bitcoin, anda pun patut ada. Bitcoin adalah tambahan yang bagus."
Komuniti kripto mula gelisah—bukan sebab sokongan Cramer itu berita baik, tapi kerana sejarah menunjukkan sebaliknya. Bila Cramer puji sesuatu, selalunya ia menuju kejatuhan.
Sebaliknya, kecaman Cramer terhadap saham MicroStrategy (MSTR) mungkin jadi berita baik untuk pelabur MSTR. Kalau dia tersilap lagi, saham MSTR mungkin bakal to the moon! 🚀
Siapa Jim Cramer?
Jim Cramer ialah seorang personaliti TV dengan latar belakang dalam pelaburan hedge fund. Dia merupakan hos segmen Mad Money di CNBC dan juga penulis untuk TheStreet.com, sebuah platform yang dia sendiri co-found. Cramer terkenal dengan gaya penyampaian yang ekspresif serta keyakinan melampau dalam memberi saranan saham—sama ada di TV, media sosial (X), atau platform lain. Masalahnya, banyak kali dia terlalu optimis terhadap pelaburan yang lemah dan skeptikal terhadap yang bakal naik.
Kalau nak contoh jelas betapa off ramalan Cramer, ingat balik apa yang dia cakap setahun sebelum kenyataan terbarunya tentang Bitcoin. Pada Januari 2024, dia kata Bitcoin dah "mencapai kemuncaknya" (topping out). Tapi setahun kemudian, nilai Bitcoin berganda!
Bagi mereka yang ikuti trend harga Bitcoin, meramalkan kejatuhan BTC dalam tempoh 18 bulan selepas halving adalah tindakan gila. Sejarah menunjukkan Bitcoin cenderung melonjak selepas halving, bukan sebaliknya. Tapi Cramer tetap buat ramalan tersebut, sekali lagi menguatkan imejnya sebagai peramal pasaran yang penuh kejutan (atau nasib semata-mata?).
Lebih kelakar, hanya beberapa hari sebelum meramalkan Bitcoin akan jatuh, dia pernah berkata, "Bitcoin akan kekal." Memang legenda!
Antara bloopers Cramer yang paling dikenang termasuk gesaan untuk melabur dalam Silicon Valley Bank beberapa minggu sebelum ia runtuh, drama ramalan salah tentang Nvidia, dan panggilan untuk jual Netflix serta Hewlett-Packard pada 2012—beberapa bulan sebelum kedua-dua saham itu berganda nilainya!
Inverse Jim Cramer ETF: Strategi Lawan Cramer
Tak hairanlah Cramer akhirnya mendapat gelaran sebagai "indikator terbalik"—maksudnya, kalau dia kata beli sesuatu saham, baik jual! Kalau dia cakap satu aset tak berbaloi, masa tu lah patut beli!
Walaupun konsep ni bermula sebagai lawak semata-mata, akaun Inverse Cramer di X (Twitter) yang memuat naik semula ramalan-ramalan Cramer berjaya mengumpul lebih 320 ribu pengikut!
Yang lebih mind-blowing, pada 2022, Tuttle Capital Management melancarkan Inverse Jim Cramer ETF, iaitu dana yang hanya terdiri daripada saham yang Cramer pandang negatif!
Namun, ETF ini berkembang terlalu pantas kerana Cramer sering menukar pendiriannya. Akhirnya, ia ditutup dalam tempoh setahun selepas dilancarkan—walaupun sempat bertahan lebih lama berbanding Long Cramer Tracker ETF, iaitu dana yang benar-benar mengikut nasihat Cramer.
Menurut Tuttle, Inverse Jim ditutup kerana terlalu sukar untuk dikemas kini dengan kerap, selain jumlah aset dalam pengurusan yang agak kecil (sekitar $2 juta).
Sumber : Crypto News
Penafian
Pandangan dan pendapat yang dinyatakan oleh penulis atau mana-mana individu yang disebut dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan bukan merupakan nasihat kewangan, pelaburan, atau nasihat lain. Pelaburan atau perdagangan aset kripto melibatkan risiko kerugian kewangan
Subscribe to our newsletter
Enjoy exclusive special deals available only to our subscribers.
Insights
Stay updated with forex, crypto, and stock news.
Nak Belajar?
Admin@theinfo.today
+60129209485
© 2025. All rights reserved.